Terma dan Syarat

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Peserta (bayi) mesti berumur di antara 0 - 36 bulan.
  3. Semua penyertaan mesti dihantar melalui borang penyertaan atas talian sebelum jam 11:59 malam pada 29 September 2020. Penyertaan yang tidak lengkap/tidak layak akan dibatalkan.
  4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, satu resit sah untuk SATU (1) penyertaan.
  5. Berbelanja RM80 dan ke atas di bahagian Bayi dalam resit tunggal (Ahli Parkson Kad berhak mendapat 2x penyertaan apabila menggunakan kad tersebut).
  6. Resit/pembelian mesti diperoleh semasa tempoh promosi iaitu dari 12 Mac - 12 April 2020 dan 29 Ogos - 29 September 2020.
  7. Gambar resit mesti dimuat naik ke laman web sebagai bukti pembelian untuk penyertaan.
  8. Pemilik gambar (ibubapa/penjaga) hendaklah memegang semua hak kandungan visual peserta yang dimuat naik.
  9. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  10. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/e-mel.
  11. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi SATU (1) hadiah sahaja.
  12. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik dan ditebus dengan wang tunai.
  13. Parkson Corporation Sdn. Bhd. berhak untuk menukar, menambah atau menyingkirkan sebarang Terma dan Syarat tanpa notis terdahulu.
  14. Parkson Corporation Sdn. Bhd. berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan gambar para pemenang untuk tujuan publisiti dan pengiklanan.
  15. Kakitangan Parkson Corporation Sdn. Bhd., agensi-agensi pengiklanan dan keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai peraduan ini.
  16. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  17. Dengan menyertai peraduan ini, anda telah bersetuju kepada Terma dan Syarat peraduan.
  • Facebook
  • Instagram
  • Email

© Parkson Malaysia